Thursday 3 December 2015

Part 4 : Day 4 Holiday in Bali

Assalamualaikum :)


Sebelum memulakan, Thankyouuu pada silent readers yang sabar menunggu dan sentiasa remind Ayu utk habiskan entry di Bali :) Yelaa, berkurun lamanya tak habis-habis lagi entry di Bali ni. Maaf maaf. Ayu bukanlah blogger yang begitu aktif menulis, tapi bila ada yang sudi baca penulisan kita, how appreciate I am. Thanks again. Ayu menulis saja untuk suka-suka je tau, untuk share perkara yang baik untuk dikongsi, yang boleh memberi manfaat kepada semua, dan untuk diri ayu sendiri, boleh dijadikan sebagai kenangan :)

Hari ke-4 di Bali, seperti kebiasaan, sebelum mulakan aktiviti, kami alas perut dulu dalam bilik hotel, makan me sedap je dengan air kopi sambil layan view pantai. Kami tak ambil pakej makan di hotel sebabnya tak berapa confident. Even mereka kata halal, kalau tempat kita lawati tu majoritinya bukan beragama Islam, apa yang korang rasa tentang tahap level halal itu sendiri? wallaualam. 



Untuk hari ke-4, kami guna khidmat supir lain pulak. Nama dia Putu. Baik orangnya, soft spoken dan sentiasa memberi senyuman.  Jam 9.00am kami turun di lobi, Putu sudah smpai menunggu kami dengan kereta Avanza nya. Kalau pada hari ke-3 kami ke Selatan bali, untuk hari ini kami akan menuju ke Utara Bali pula. 



Jam 10.00am kami sampai di lokasi pertama untuk hari itu, iaitu di Pura Taman Ayun, Kabupaten Badung. Yaa, masih lagi melawat Pura iaitu tempat ibadat bagi mereka yang beragama Hindu. Tarikannya, tempat ni merupakan tinggalan sejarah Kerajaan Mengwi, dan sekarang tempat ni menjadi taman rekreasi dan taman istirehat pengunjung. 




Masuk kena bayar tak? Okey, ni semangat nak cerita pasal bayaran masuk ni. Ofkos la masuk kena bayar kan, tapi sebenarnya bayaran masuk untuk foreigner adalah 15k rupiah untuk seorang, tapi kami kena 10k rupiah je untuk seorang. Ayu pun pelik kenapa dia bagi harga warga tempatan, mean warga Indon la kan, kalau ingat balik masa nak bayar tu kami diam tak cakap apa-pun, so tak keluarlah loghat Melayu kami kan, tapi bila dia minta 20k untuk 2 orang, kami bayar jela. hihihi. Tipsnya, korang diam jela takyah bercakap masa nak bayar tiket masuk tu okey? Bawah ni ayu share gambar-gambar di kawan Pura Taman Ayun ni.


Tengah sembahyang tu
Berseni kan orang Bali ni

Setengah jam berada di Pura Taman Ayun ni, pukul 10.30am kami bergerak ke tempat seterusnya iaitu di Begudul. Dari Kabupaten Badung ke Bedugul ni ambil masa lebih kurang 1 jam suku perjalanan. Lokasi ke Bedugul ni akan melalui kawasan berbukit dan jalan dia berliku-liku. Sepanjang naik ke sana, korang akan nampak view bukit-bukit tinggi, besar dan berkabus. Ayu tak sure itu adalah gunung berapi atau bukit bukau tapi cantik la view dia.

  View sepanjang perjalanan ke Pura Ulun Danu Beratan, berkabus je tau

11.45am kami tiba di Ulun Danu Beratan, Begudul. Lokasi tempat ni berada di ketinggian 1.239km di atas permukaan laut dengan suhu dingin antara 18-22 darjah celcius. Agak sejuk bila angin bertiup. Okey, apa istimewa nya tempat ni? Tempat ni menjadi tempat tinggalan sejarah dengan penemuan batu yang dipercayai telah wujud sejak 500 tahun sebelum Masihi. Lain-lain google okey hehe. Seperti tempat lain, nak masuk ke dalam kena bayar 50k rupiah untuk 2 orang.






Tarikan yang paling utama tempat ni adalah Pura dalam gambar di atas ni. Yaaa, pura lagi, hee hee hee. (pada si pencinta laut macam iols ni, tempat ni kan, bla bla bla.......). Actually tempat ni nyaman dan tenang sangat, terasa sejuk dia. Pura Ulun Danu Beratan ni kalau korang nak tahu, menjadi simbolik pada wang kertas 50k rupiah tau. Gambar pura ni ada pada wang kertas 50k rupiah. Maksudnya, tempat ni ada tarikan tersendiri dan korang mesti datang sini kalau ada peluang ke Bali. Tapi kan, bila ayu cakap dekat Putu yang ayu nak ke Pura Ulun Danu, tempat yang sama seperti dalam wang kertas 50k rupiah, Putu blur macam tak paham. Yaa, selama ni memang dia tak perasan ada gambar Pura Ulun Danu pada wang kertas 50k rupiah. Tak alert langsung! Ceh.. cakap kat orang..cuba teka ada gambar apa pada duit RM50? haaaaaa... hahaahahaha

Bila air tasik ni naik/pasang, pura tu akan nampak seperti terapung. Walaupun masa kami pergi tu air tak berapa nak naik, boleh imagine la, memang cantik view dia :)









Lepas jalan-jalan situ, dalam pukul 1.00pm, kami singgah makan di satu restoran ni, di kawasan situ jugak, ayu lupa nak ambil gambar restoran tu, tapi makanan dia best sangat, sedap, harga berpatutan, dan yang paling penting halal. Kami ajak Putu makan sekali, tapi dia taknak. Okey, takpa la kan. Total makan dekat situ untuk 2 orang 93k rupiah.

Lepas makan, kami singgah di masjid Besar Al-Hidayah untuk solat. Cantik masjid dia, besar sangat. Terletak di atas bukit, jadi view dia memang cantik gila sebab menghadap tasik. SubhanAllah. Masa ambil wudhu, air dia bukan main sejuk oiii hahaha. Tapi yang tak berapa bestnya, tempat wudhu dengan ruang solat wanita agak jauh.

Siap makan, siap solat, dalam pukul 2.00pm kami gerak ke Pura Tanah Lot. Nak ke sana dari Bedugul ambil masa dalam 1 jam 30 minit. So kami sampai di Pura Tanah Lot pada jam 3.30 petang. Uih, jauh oii nak ke sana, sampai terlelap lah dalam kereta hihihi. 


Bayaran masuk untuk 2 orang ke Pura Tanah Lot 60k rupiah, then parking 5k rupiah

 Entrance. Kiri kanan patung 

Kalau tadi Pura Ulun Danu terletak di tengah tasik, Pura Tanah Lot pula terletak di atas baru karang yang besar di tengah laut, tapi bukanlah betul-betul tengah laut tau, tepi-tepi je hehehe. Pastu dekat batu karang tu katanya ada gua dan ada ular hitam belang putih.



 

Dekat sini juga ada jual souvenir, kiri kanan ada jual. Macam-macam lah, pakaian, perhiasan, kedai makan pun ada. Husband ayu sempat la beli mini guitar sebagai kenangan untuk dia hehe. Dekat situ juga ada ramai makcik-pakcik yang jual barangan pada pengujung, antaranya sepit rambut, layang-layang, mainan dan macam-macam lagi.  Kadang-kadang rimas jugak dorang akan ikut kemana kita pergi, nak suruh kita beli heee. Tapi yang baiknya, dorang tak memaksa if kita dah tanya tapi tak jadi beli.


Selesai la aktiviti lawatan untuk hari ini. Keseluruhannya, tempat lawatan kami di Bali untuk hari ke tiga dan empat adalah Pura. Yang membezakan setiap pura ini adalah ciri rekabentuk, seni binaan dan lokasi pura tu sendiri. 

5.00pm kami gerak dari Tanah Lot untuk pulang ke hotel. Dalam perjalanan balik tu, kami minta Putu bawa kami kedai souvenir yang murah, then dia bawa kami ke Krisna Souvenir Shop Bali. Memang besar tempat tu, banyak pilihan sampai rambang mata huhuhu.

Lepas beli souvenir, teruskan perjalanan pulang ke hotel. Jam 8.00am kami sampai di hotel. Sampai-sampai, kami terus g makan di tempat feberat kami iaitu di Solaria Discovery.  Sebelum terlupa, kami bayar Putu untuk hari tu 500k rupiah. Actually upah dia 450k rupiah je, sama macam upah Adi masa hari ke-3, tapi kami bagi extra sebab service dia better than Adi. Alhamdulillah, rezeki dia.


Makan malam yang berharga ratusan ribuuuu......rupiaaaah heee. Total harga makanan 143,500 rupiah. Tapi makan sini memang puas hati. Memang kena dengan tekak. Harga standard macam kat restoran dekat Malaysia tu. Selesai makan kami balik ke hotel and rest. Tamat la aktiviti kami untuk hari ke-4 di Bali. Siap makan balik mandi terus tido. Mane tak gemuk hahaha. Okey, till then, jumpa lagi di next entry. 

Love, Ayu.































No comments:

Post a Comment