Thursday 3 September 2015

Part 1 : Day 1 to Bali


Assalamualaikum :)



Lama ambil mode nak menaip, susah nak dapat. tapi kali ni tetiba rajin pulak. Apa sebab pun tak tau. huhu. Kami pergi sana pada 21-26 May 2015. Kami pilih tarikh tu sebab nak celebrate 2nd years of our engagement day. Konon nya la. Masa tu flight ticket tak lah murah sangat, tapi kami beli jugak sebab rasanya hampir 40 kali kami duk bincang "nak pergi tak?" "nak pergi tak?" "nak pergi tak?" sambil bukak website Air Asia tunggu masa je nak click button CONFIRM nak beli ticket. Adoii. 

Kami keluar rumah dalam pukul 1pm then sampai Putrajaya dalam 2pm. Kami parking kereta dekat Putrajaya Central, then dari situ naik ERL ke KLIA2. Tambang untuk 2 orang RM12.40. Mudah kalau korang yang tak ada siapa nak send or fetch korang, parking je kereta dekat Putrajaya Central instead of parking dekat KLIA2 yang sah-sah mahal sewa parking dia kan. Dekat Putrajaya Central murah je sewa parking. Tapi ayu tak ingat la berapa. Tapi memang murah lah. Bila murah tu memang ramai lah manusia parking kereta dekat situ and korang kena pusing banyak kali la jugak nak cari parking.

On the way ke airport

2.40pm kami sampai di KLIA2. Kami settle kan apa yang patut; solat, makan dan check in.

Actually lama gila kami tercegat depan International Departures, sebabnya gate tak bukak-bukak. Geram rasa. Bila tengok jam, sepatutnya 1 hour before tu dah bukak gate kan. Tapi ni tak bukak-bukak jugak. Berapa kali kami tengok details flight, kot-kot kami salah gate ke, kami salah hari ke. Memang lama gila. Nak duduk tak ada tempat duduk sebab dah penuh. Last kami pergi je dekat pengawal depan gate tunjuk boarding pass, then terus dapat masuk. LOL! Dekat details flight tu tak update pulak. Kalau tahu dah lama masuk. Tu pasal banyak selfie depan gate. haha.
6.00pm flight kami pun berlepas. Dan kami sampai di Denpasar International Airport atau nama lain dia Ngurah Rai International Airport pada 9.00pm waktu tempatan.

Minah salleh sebelah tu ramah sangat. 
23 umur dia kalau tak silap. Tak ingat dari negara mana tapi hobi dia travelling. Last destination dia adalah Kuala Lumpur and now dia nak ke Bali. Travel sorang-sorang tau. Hebat!

Asalnya kami nak jalan kaki je ke hotel sebab hotel yang kami book untuk malam tu dekat je. Masa nak cari jalan keluar dari airport, kami dikerumuni oleh puluhan pak supir yang sangat-sangat berminat dengan kami dan tidak henti-henti bertanyakan soalan kepada kami "mau ke mana pak?" "mau ke mana ibu?" mentang-mentang muka kami tak macam minah salleh yang kami duk follow dari tadi sebab nak elak pak supir ni lah, tapi kami jugak yang korang serang, minah salleh tu korang tak tanya pulak nak kemana kan? al maklumkah, muka ada iras orang indon. Eh, kalau nak tau, iolss mix indonesia tau even kulit iolss agak cerah macam korean girl. hahaks, jangan marah cik naaa hee. tapi ini serious. bukan main-main.

Bila dah kena ikut rapat dengan pak supir, mengalah jugak la. Sebab tak larat dah nak elak. Kami naik Toyota Avanza dengan harga 100k rupiah untuk perjalanan yang sepatutnya 2-3km je dari airport. Gila mahal kan? Tapi pandai pak supir tu, dia bawak kami ikut jalan jauh nak ke hotel sedangkan dekat je sebenarnya.  Sebab kami perasan dia pusing balik menghala ke airport untuk ke hotel. Lempang kang! Tapi kami sempat mintak dia bawak kami pergi beli simkad sebelum ke hotel. Padan muka dia. Esok nya tu dia offer kami untuk ambil dia sebagai supir untuk ke tempat-tempat pelancongan dekat Bali. Tapi kami tipu, eh tipu sunat je tau, kami cakap "dah ada supir!". padan muka dia heee.
simkad 55k rupiah. kami beli 1 je, then tethering jela memanjang


Settle beli simkad kami terus ke hotel. Jenuh nak mencari hotel, sebabnya malam tak nampak signboard dan nama hotel. Alah hotel kecik je, tersorok pulak tu. Tapi bila masuk bilik, tak sangka la pulak ada tub mandi, selasa dan paling penting bersih. Murah je hotel ni, 190k rupiah/night. Kami stay sini satu malam je. sebab next day nak stay dekat dengan pantai.



Esok pagi nya baru la kami jalan-jalan pusing sekitar hotel. Masa tu baru la nampak rupa hotel ni. Dan masa tu jugak baru perasan ada swimming pool rupanya. Tanjat gegel.


 Kecik je kolam dia. tapi okey apa dari tak ada langsung hehe


Baru tahu kenapa susah sangat nak cari hotel ni, sebabnya masa booking dalam website dia tulis nama lain, bila sampai nama dia macam ni pulak. Bukan 100% sama. Tu yang pak supir keliru sampai tersesat-sesat siap berhenti tanya lagi. Hahaha
Bangunan hotel. Actually dia ada banyak bangunan. 
Kaunter receptionist bangunan lain, bilik kami bangunan lain 

So, untuk hari pertama, itu jela aktiviti kami. lagipun sampai dah malam kan. Hari pertama kami keluarkan duit untuk bayar supir, hotel dan simkad sahaja. Total dalam 345k rupiah. Next day ayu cerita nanti k. Thanks sudi baca.

Pergi Indonesia memang jadi JUTAWANNN hahaha

Till then, Ayu.


No comments:

Post a Comment