Wednesday 31 July 2013

Door Gift for Wedding

Assalamualaikum :)


Kalau dulu majlis kawin, tetamu yang datang ke majlis kawin akan diberikan doorgift telur rebus (untuk dewasa) dan gula-gula (untuk kanak-kanak). Masa tu, kalau la jumlah tetamu dalam 800 orang, telur rebus paling mahal la sebiji dalam RM0.40 x 800 orang = RM320.00. Plus gula-gula 2-3 biji sorang dalam RM0.30 je. Anggaran kanak-kanak dalam 200 orang x RM 0.30 = RM60.00 sahaja. Total lebih kurang RM 38.00 sahaja. Sahaja okey.

Tapi sekarang dah advance, semua dah lain, semua nak high-class bagai kan..For sure bajet untuk doorgifts pun akan meningkat, tak dapat macam harga dulu-dulu. Kalau sekarang tetamu akan diberikan dengan kerepek, kuih bahulu, air kotak, muffin dan macam-macam laaa untuk setiap seorang. Bayangkan berapa belanja yang perlu kita habiskan dekat situ je? *Glupp!


 image from google

image from google

Sekarang ni trend orang akan bagi jar yang macam kat atas ni. Yes, memang cantik dan sangat high class. tapi 1 jar ni berharga RM1.00. (paling murah penah survey) kalau tetamu 800 orang, kat situ saja dah membazir sangat-sangat.  Itu baru jar, belum isi dalam lagi. 

Ayu minat la jugak jar ni, tapi kan, honestly minat waktu dapat tu saja, balik dari kenduri, duk bersepah-sepah jugak benda ni.. Pernah haritu dapat banyak sangat jar macam ni sebab dapat jemputan dari ramai orang padah hari sama dan berturut-turut setiap minggu, last-last dalam tong sampah jugak benda alah ni, hmm. 

Jadi untuk majlis ayu nanti, ayu awal-awal dah reject jar macam ni, Serius. Bila orang beri pada kita tapi kita buang, nanti mcam tu la jugak orang buat bila dapat kan? That we call karma! lol.  

Sama juga dengan paper bag untuk door gift, kalau ada yang cantik simple dan paling penting murah, itu yang jadi pilihan ayu :)

image from google
Yang ini murah, 100 pcs boleh dapat dgn harga RM11.00. Letak reben sikit dah cantik. right? *this is my first choice! 


image from google
Yang ini dah kira mahal, 50pcs = RM50.00, tapi yang warna putih la, warna lain? hmmm..


image from google

paper bag ini sangat la cantik, nampak sangat esklusif, tapi pada ayu mahal jugak even dan tertera kat situ harga..

Ayu sedih bila tengok sesetengah orang bila dah dapat door gift, depan-depan mata dia koyakkan paper bag untuk tengok (tengok je dulu) isi dalam tu.. Dan ada yang agak rakus tu, koyak terus paper bag, ambil isi, dan buang! Walaupun bukan majlis kita, tapi.... Sob!

Prinsip ayu, biarlah paper bag tu macam paper bag bungkus pisang goreng sekali pun, janji isi dalamnya lebih hebat dari hiasan paper bag.  In reality, tetamu nak makan apa isi yang ada di dalam, bukan nk simpan berzaman paperbag tu kan? 

Ayu dah buat bajet ayu, ayu tahu berapa kos untuk goorgifts ayu nanti..jadi follow la budget, jangan berlebih-lebih, beli sekadar yang mampu, tanpa ada pembaziran.

till then, love.





No comments:

Post a Comment